BALING –
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi
peringatannya bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang adalah
penentu survival Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau turut
mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan
raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas
di beberapa negeri.
”Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita,
tidak mahu lagi politik puak sesama puak… tidak mahu lagi dalam kempen
orang merajuk dan mengkhianati.
“Jika
semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah
pilihan raya,” katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan
berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda
Baling di sini, hari ini.
Turut
hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah,
timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, ketua Umno bahagian Baling
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr
Mashitah Ibrahim.
Perdana
Menteri berkata, sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan
dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan.
“Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari…sudah sudahlah. Rapatkan barisan.
“Jika
sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih
pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah
dewasa dan matang,” kata Najib yang juga Presiden Umno.
Najib
berkata apabila beliau menyatakan parti hendakkan ‘winnable candidate’
(calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah ‘winnable candidate’
tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang.
Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang.
“Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan. Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat.
“Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan. Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat.
“Saya dah
lama….bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua
calon PRU kita kena lulus ujian,” katanya sambil memberitahu bahawa
banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah
kembali.
Beliau
berkata pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat
seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat.
“Kami
sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu
hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. Pas pula
bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan.
“Umno akan
terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. InsyaAllah kami
letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak
disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang,” katanya.
Mengenai Kedah, Najib berkata, selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini.
Pada akhir ucapannya, perdana menteri secara berseloroh berkata: “Semangat nak bubar Parlimen…tengoklah dulu”.
Perdana
Menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk
Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama
perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman.
Kata2 Piem yang BANGGANG dan BODOH
BalasPadam