Dr
Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan
sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.Bekas mufti Perlis itu pada
awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu
keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong
tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai
merujuk kepada hukum hudud.
Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak
Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya
@abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?
“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”
Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.
“Teliti sebelum komen.”
Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.
“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.
“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.
Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.
“Hukum
hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak
kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana
tidak melaksanakan hukum itu.
“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.