Selasa, 1 November 2011

AUKU: 'Hari indah untuk demokrasi'

MALAYSIA KINI

Hakim Mahkamah Rayuan terus dipuji sebagai "masa depan perlembagaan kita" ekoran tindakannya memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah di sisi perlembagaan.

NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (kanan) berkata, komen hakim Hishammudin Yunus, termasuk yang dilampirkan bersama keputusan, menyediakan "hari hebat untuk demokrasi dan faham perlembagaan.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagaimanapun memberi amaran bahawa kegembiraan itu mungkin tidak lama.

"Fakta yang masih kekal, keputusan yang baik ini mungkin akan diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini," jelasnya.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.