Selasa, 1 November 2011

Warga Malaysia luar negara fail saman ke atas SPR


MALAYSIA KINI

Sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

Keenam-enam mereka yang bekerja di United Kingdom memohon untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya ke-13 akan datang.

Sebaliknya, SPR hanya mendaftarkan mereka sebagai pengundi biasa yang mesti kembali ke negara untuk membuang undi secara fizikal.

Antara ‘litigant’ itu, Dr Teo Hoon Seong dalam dalam kenyataan medianya berkata hak untuk mengundi adalah asas bagi demokrasi.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan setiap warga negara diberi layanan adil mengikut undang-undang yang membenarkan mereka melaksanakan hak berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.