Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.
Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.
Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: " Saya akan menunaikan fardhu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - Bernama
Selasa, 1 November 2011
Najib, Rosmah ke Arab Saudi bagi ibadah haji
MALAYSIA KINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.