AGENDA DAILY
BANYAK tandatanya lagi masih berlegar tentang suasana politik tidak menentu di Perak ketika drama dua Ahli Exco Kerajaan Negeri dari parti PKR 'hilang' yang mula tersebar luas sejak semalam masuk hari kedua.
Perhatian utama tentunya pada apakah pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan terima sebagai sah surat taat setia PKR yang ditandatangani oleh Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu selepas pilihanraya umum Mac lalu.
Surat itu menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri yang mereka wakili iaitu Behrang dan Changkat Jering kosong jika lompat parti.
Rupanya diluar pengetahuan umum parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah diam-diam 'mengikat' semua wakil rakyatnya dengan surat tanpa tarikh ketika beliau keluar nak memburu para Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi menjayakan pelan 16 September yang tak menjadi.
Jika SPR terima surat itu sebagai sah maka satu pilihanraya kecil perlu diadakan di kedua-dua kawasan dalam tempoh 60 hari.Namun semua sudah tahu Jamaluddin dan Osman akan mencabar kesahihan kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak kata mereka telah letak jawatan sebagai ADUN melalui 'surat kosong' itu.
Menariknya ketika menjerat Jamaluddin dan Osman menerusi surat itu,Barisan Pembangkang tidak bunyi apa-apa pasal nak pilihanraya semula di DUN Bota dimana Datuk Nasarudin Hashim lompat dari BN ke PKR.
Bagi mereka ' itu demokrasi '.Nyata Nasarudin yang boleh terbang bebas itu tidak diikat dengan apa-apa surat oleh BN.
Apa jadi jika Jamaluddin dan Osman ambil tindakan undang-undang untuk sekat pilihanraya kecil diadakan kerana anggap surat kosong mereka tak sah?
Tidak kurang menarik ramai yang nak tahu apa sebab sebenar mereka nak cabut dari PKR?
Apakah kerana nak selamatkan tengkuk mereka dari kes rasuah yang bakal dibicarakan pada 10 Februari ini seperti didakwa oleh pembangkang atau kerana ada sebab-sebab besar lain?
Perlu juga dicatatkan bahawa sebelum ini kerajaan negeri Perak pertahankan mereka dan menolak desakan agar digugurkan dari jawatan Exco sehingga kes selesai.
Namun kini apa pula 'pusing cakap' yang nak keluar dari Barisan Pembangkang terhadap kedua mereka bila begini? .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.