PETALING
JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengutamakan guru interim yang
terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap bagi memastikan
pengalaman dan kemahiran pengajar sandaran tidak disia-siakan.
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd.
Azizee Hasan berkata, perlu ada jaminan kepada guru interim kerana tiada
kepastian walaupun sudah lengkap denggan pengalaman dan latihan tetapi
kontrak mereka tidak dilanjutkan.
Menurut
beliau, KPM perlu mengambil langkah proaktif dan konstruktif untuk
menyelesaikan nasib guru interim demi kelangsungan sistem pendidikan
negara dan membina pelajar-pelajar yang cerdas serta cerdik.
“iGuru menggesa KPM mengutamakan guru interim yang terlatih untuk
ditempatkan ke perjawatan tetap. Ini bagi memastikan pengalaman dan
kemahiran mereka dapat dimanfaatkan semaksimal mungkin.
“Meskipun Yang Berhormat (YB) Menteri Kanan telah mengadakan
pertemuan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), tidak ada
satu jaminan yang konkrit diberikan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin dan SPP
terhadap isu ini,” katanya dalam satu kenyataan,
Terdahulu, akhbar melaporkan, Pengerusi SPP, Datuk Seri Dr. Mazlan
Yusoff memberi jaminan menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara
‘one-off’ bagi 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan.
Mohd. Azizee berkata, guru sandaran yang berstatus DC41
ditempatkan di pelbagai sekolah bagi menampung kekurangan guru dan
mendapat hampir keseluruhan keistimewaan sebagai penjawat awam guru (DG)
kecuali beberapa aspek seperti elaun perumahan, cuti bersalin dan
lain-lain.
Jelasnya, nasib kumpulan guru tersebut tidak mendapat
pembelaan selepas menabur bakti untuk mengajar dan pada masa yang sama
perlu mengikuti latihan ikhtisas di institut pendidikan guru (IPG)
secara Kursus Dalam Cuti (KDC).
“Apa
yang menyedihkan adalah apabila iGuru sendiri menerima pelbagai aduan
dan mendapat maklum balas berkaitan isu guru interim seperti mana yang
hangat diperbincangkan di media sosial.
“Dakwa mereka, ramai daripada golongan guru interim tidak
dilanjutkan kontrak mereka meskipun sudah menamatkan latihan ikhtisas
mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.