Selasa, 18 Januari 2022

Azam Baki terus terajui SPRM banteras rasuah

 Oleh MASZUREEN HADZMAN

AZAM BAKI

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan meneruskan tanggungjawabnya membanteras gejala rasuah di negara ini tanpa mengira darjat atau pangkat meskipun dilemparkan pelbagai tohmahan sebelum ini.

 Luahan itu dikeluarkan beliau selepas pihaknya dimaklumkan oleh  Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa siasatan terhadap pemilikan saham menerusi akaun dagangannya tiada sebarang kesalahan dilakukan.

Kata beliau, oleh demikian pihak SC telah menutup fail inkuiri tersebut.

“Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur kepada keputusan yang dibuat SC yang telah mendapati tiada kesalahan dilakukan saya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, SC dilapor tidak dapat memuktamadkan berlaku pelanggaran pemilikan saham oleh Azamdi bawah Seksyen 25(4)  Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

SC yang selesai menjalankan siasatan ke atas Ketua Pesuruhajaya SPRM itu menjelaskan, perkara tersebut berdasarkan pengumpulan bukti yang diserahkan kepada pihaknya.

“SC telah menyelesaikan siasatannya dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad jika terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku.

“Dalam hal ini, persoalan tersebut berkaitan dengan isu jika ada kemungkinan pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.