Shuhada Abdul Kadir
Mas
Ermieyati memberitahu, buat masa ini, fokus beliau adalah pada tugasnya
sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(JPM). - Gambar fail
MASJID TANAH:
Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid
Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyerahkan kepada pucuk pimpinan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentukan sama ada
beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Meskipun
namanya disebut-sebut akan bertanding di salah satu DUN, namun, Mas
Ermieyati memberitahu, buat masa ini, fokus beliau adalah pada tugasnya
sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(JPM).
"Setakat ini belum ada, itu mungkin permintaan akar umbi mungkin mereka tak suka dengan keadaan sekarang, saya tak tahu.
"Saya
tak tahu, jadi apa pun saya difahamkan kita serahkan kepada pucuk
pimpinan parti dan saya rasa sudah jadi Ahli Parlimen itu pun banyak
tugas yang digalas juga menjadi Timbalan Menteri di Parlimen dan
Undang-Undang yang perlu banyak fokus diberi perhatian," jelasnya.
Menurut
Mas Ermieyati, keutamaannya ketika ini juga adalah memastikan setiap
Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan di Parlimen Malaysia berjalan
lancar.
"Kalau kita tengok setiap hari di
Parlimen Malaysia, banyak Rang Undang-Undang dibentangkan dan juga
banyak perkara untuk kita lihat dan beri perhatian dibawah Memorandum
Persefahaman (MoU) kerajaan dan pembangkang yang harus kita lakukan
segera selain libat urus yang menuntut kepada komitmen saya yang
membantu Menteri (Di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Wan Junaidi,"
jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai persiapan Perikatan Nasional (PN), jelas Ermieyati, persediaan jentera pilihan raya telah dilakukan.
"Di
bawah Perikatan Nasional (PN), pastinya Bersatu telah mengadakan
(perbincangan) bersama Pas dan Gerakan… kita akan perkemaskan gerak
kerja.
"Hari ini yang datang bukan parti
PN sahaja, tapi dari pelbagai latar apabila ia berkaitan dengan membantu
rakyat… (kerana itu) perpaduan diutamakan itu lebih penting. Jika
berkecamuk siapa yang akan perjuangkan nasib mereka (rakyat)," katanya
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.