Sabtu, 29 Mei 2021

Tiada keperluan pembelian panik, PKP Penuh masih boleh berbelanja

Nizam Zain
MGF29052021_PANIC-BUYING-4
Orang ramai mula beratur panjang untuk membeli barang keperluan pada saat akhir untuk persediaan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pasaraya ST Rosyam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN,

SHAH ALAM – Menjelang pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown fasa pertama di seluruh negara pada 1 Jun ini, kesesakan bukan sahaja berlaku di lebuh raya bahkan pasaraya turut dipenuhi orang ramai.

Apa tidaknya, budaya pembelian panik seolah-olah tidak dapat dikikis dalam kalangan masyarakat, apatah lagi sejurus selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah itu semalam.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati kebimbangan rakyat dapat dilihat di pasaraya-pasaraya besar dengan membuat pembelian panik barang keperluan sebagai persediaan menghadapi perintah berkurung selama 14 hari bermula 1 Jun ini.

MGF29052021_PANIC-BUYING-25
Pengunjung, Farena Yusoff, 55, bercakap kepada media mengenai 
pembelian saat akhir berikutan persediaan perlaksanaan Sekatan 
Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika 
tinjauan lensa Malaysia Gazette di pasaraya ST Rosyam, Shah 
Alam. Foto MOHD ADZLAN,

Menurut Farena Yusoff, 55, tiada keperluan untuk membuat pembelian panik sedangkan pasaraya dan pusat beli-belah beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh itu.

“Saya tak buat pembelian panik sebab walaupun lockdown masih lagi boleh keluar lagi membeli-belah untuk beli makanan.

“Kebetulan saya tak ada stok di rumah, saya beli untuk keperluan saya dalam seminggu sahaja, saya memang keluar seminggu sekali.

“Saya takkan keluar hari-hari. Di Shah Alam pun pandemik Covid-19 agak teruk, kes pun tinggi. Saya memang jaga mak di rumah, saya tak berani ambil risiko,” katanya kepada MalaysiaGazette di pasaraya St Rosyam Mart, Seksyen 9, di sini, hari ini.

MGF29052021_PANIC-BUYING-22
Pengunjung, Aslinda Mohd Shahril, 46 bercakap kepada media 
mengenai pembelian saat akhir berikutan persediaan perlaksanaan 
Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun hingga 14 Jun 
2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pasaraya ST 
 
Rosyam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN,

Bagi Dr Aslinda Mohd Shahril, 46, pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu banyak mengajar rakyat bagaimana untuk merancang perbelanjaan.

“Disebabkan pengalaman dulu, jadi kita tahu apa yang perlu kita beli dan kita rancang perbelanjaan kita dengan lebih bijak untuk kali ini.

“Saya rasa rakyat Malaysia sudah matang. Kita kena buat pembelian berhemah, kita rancang keperluan keluarga.

“Walaupun total lockdown, pasaraya tak ditutup, hanya ketua keluarga dibenarkan keluar (beli barang keperluan),” katanya.

Ditanya tentang saranan kerajaan supaya mengoptimumkan pembelian dalam talian, Dr Aslinda menyifatkan langkah itu sebagai bijak bagi mengelakkan Covid-19 merebak.

“Saya pun memang penggemar pembelian dalam talian terutamanya kita ada anak-anak, kita IT-savvy biasanya generasi muda.

“Itu satu langkah yang bagus untuk menggalakkan beli dalam talian. Itu langkah yang bijak,” katanya.

MGF29052021_PANIC-BUYING-15
Pengunjung, Alia Diana Azmi, 20, bercakap kepada media 
mengenai pembelian saat akhir berikutan persediaan 
perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun
 hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette 
di pasaraya ST Rosyam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN,

Sementara itu, seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mata, Alia Diana Azmi, 20, dia tidak menafikan total lockdown turut memberi kesan kepada proses pembelajaran, lebih-lebih lagi melibatkan latihan amali.

“Kita terkesan sebab nak susun masa tu kadang-kala ibu bapa tak faham bila di rumah.

“Kalau kita buat tugasan di rumah rasa tak sedap juga, kena tolong mereka.

“Pembelajaran secara fizikal lebih mudah, tiada gangguan, kalau di rumah ini ada ramai adik-beradik bising, talian internet pula kerap terputus,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.