Selasa, 23 Februari 2021

HINDRAF dibenar cabar keputusan ROS batal pendaftaran

BH ONLINE
 
Mahkamah Tinggi benarkan HINDRAF cabar keputusan ROS. FOTO NSTPMahkaah Tinggi benarkan HINDRAF cabar keputusan ROS. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran kumpulan itu.

Peguam HINDRAF, Annou Xavier berkata, Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan permohonan anak guamnya untuk kebenaran semakan kehakiman selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak melalui prosiding dalam talian.

Pertama membabitkan keputusan Ketua Pengarah RoS pada 30 September 2019 untuk membatalkan pendaftaran kumpulan itu dan kedua adalah keputusan menteri Dalam Negeri pada 7 Ogos tahun lalu mengekalkan keputusan pertama.

HINDRAF menuntut pengisytiharan kedua-dua keputusan pembatalan pendaftaran itu tidak sah dan terbatal; perintah untuk menggantung sementara kedua-dua keputusan itu sementara menunggu permohonan semakan kehakiman. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.