KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan sekatan ke atas aktiviti awam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan hingga 31 Mac depan.
PKPP yang telah dilaksanakan sejak 10 Jun lalu dijadualkan berakhir semalam, 31 Disember 2020.
Kata Ismail, lanjutan itu susulan peningkatan kes aktif Covid-19, khasnya dalam kalangan pekerja asing.
Dalam pada itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong, Pahang ditamatkan hari ini.
Manakala asrama pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, Muar, Johor pula dikenakan PKPD mulai 2 hingga 15 Januari ini.
Tindakan sama juga dilaksanakan ke atas asrama pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di Senai, Johor yang dikenakan PKPD mulai 2 hingga 15 Januari. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.