JOHOR BAHRU – Kerajaan disaran mencari pendekatan lain bagi melonjakkan ekonomi Johor, khususnya di pantai barat negeri itu susulan penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sepanjang kawasan pantai barat yang dicadangkan sebagai kawasan jajaran HSR berpotensi untuk dimajukan.
“Indonesia sedang melakukan begitu dengan membangunkan kawasan di sebelah Selat Melaka terutamanya di Dumai. Jadi, kita kena bersaing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Pasir Gudang, di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah itu juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih besar memandangkan kawasan seperti Lembah Klang sudah tepu untuk terus dibangunkan.
Pada masa sama, Mohamed Khaled berharap kerajaan akan mendedahkan kepada umum sebab di sebalik penamatan projek itu. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.