Jumaat, 29 Januari 2021

Anggota polis jalani kuarantin COVID-19 meninggal dunia

Siti Fatimah

Belum dapat disahkan sama ada kematian akibat wabak

SHAH ALAM – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam.

“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.

“Sama ada kematiannya akibat COVID-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.