Putrajaya: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan mengambil tindakan mahkamah terhadap beberapa syarikat termasuk pengeluar sarung tangan, yang didapati melanggar peruntukan terhadap Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) membabitkan penyediaan perumahan kepada pekerja masing-masing.
Ketua Pengarah JTKSM Asri Ab Rahman berkata, mereka berdepan sebanyak 63 pertuduhan.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 21 kertas siasatan sudah dibuka sejak akta berkenaan dikuat pada September lalu, bagi menyiasat ketidakpatuhan terbabit meliputi pelbagai subsektor industri.
"JTKSM akan melaksanakan pendakwaan di mahkamah. Selain itu tindakan denda dan kompaun juga akan dikenakan terhadap majikan yang ingkar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, kedua-dua tindakan itu mencerminkan kementerian dan JTKSM tidak berkompromi dengan majikan yang tidak menyediakan perumahan yang baik untuk pekerja mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.