Khamis, 3 Disember 2020

Lelaki mabuk masuk longkang

 Oleh MASTURA SURADI

KOTA TINGGI: Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit memujuk seorang lelaki dipercayai mabuk agar keluar daripada longkang dalam kejadian di Taman Daiman,di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Md Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.37 malam.

Katanya, seramai 12 anggota dihantar ke lokasi kejadian di Jalan Kecubung 2, Taman Daiman.

“Pihak bomba hadir selepas dimaklumkan polis yang mengatakan mangsa masuk ke dalam longkang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa iaitu lelaki dewasa berusia 33 tahun di dalam longkang tersebut.

“Mangsa dipercayai mabuk dan bertindak masuk ke dalam longkang sepanjang kira-kira tujuh meter itu.

“PKO mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit bagi memujuk mangsa agar keluar dari longkang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya dipujuk dan keluar dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada polis untuk untuk tindakan lanjut.

Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 8.05 malam. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.