Nuzuluddin Abdul Razak
Kata
Aidi, Sarjan Simon dijumpai pada jam 2 petang manakala mangsa kedua
dijumpai pada jam 2.30 petang dengan jarak antara satu sama lain sekitar
satu
kilometer. - Gambar fail
KUCHING:
Seorang anggota Pasukan Gerakan Am dan seorang pengawal keselamatan
yang dilaporkan maut di Sungai Melana, Long Karangan Baram pada Khamis
adalah disebabkan korban 'kepala air'.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, anggota PGA itu ialah Sarjan
Simon Laja, 47 berasal dari Sarikei manakala pegawal keselamatan itu
dikenali sebagai kemain, 50 tahun.
"Ketika
kejadian, kedua-dua mangsa bersama lima lagi individu - dua pegawal
keselamatan dan tiga pekerja SSGP melakukan rondaan di sungai yang cetek
apabila tiba-tiba berlaku kejadian kepala air iaitu sekitar jam 6
petang.
"Kesemua mereka dihanyutkan air
sungai tetapi lima daripada mereka berjaya menyelamatkan diri sementara
dua lagi mangsa gagal ditemui," katanya dalam kenyataan.
Tambah
Aidi, bertindak atas maklumat, operasi mencari dan menyelamat mangsa
dilakukan bersama tujuh anggota PGA dan 27 pekerja Kem Samling yang
dipecahkan kepada empat kumpulan.
Katanya,
Sarjan Simon dijumpai pada jam 2 petang manakala mangsa kedua dijumpai
pada jam 2.30 petang dengan jarak antara satu sama lain sekitar satu
kilometer.
Kedua-dua mangsa kemudian
dibawa ke Klinik Kesihatan Long Lama, Ulu Baram dan disahkan meninggal
dunia sebelum dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.