Sabtu, 28 November 2020

Leka berhibur 6 anggota, pegawai polis ditahan

Skuad Khas Harian Metro

GAMBAR hiasan 

Kuala Lumpur: Empat anggota dan dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan Inspektor dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) ditahan ketika leka berhibur di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, seramai 21 individu turut dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut sumber, enam polis itu berada di dalam pusat hiburan berkenaan dipercayai untuk berhibur.

"Semua anggota dan pegawai polis itu menjalankan ujian saringan air kencing dan didapati negatif.

"Pemeriksaan mendapati semua mereka yang ditahan adalah dari bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, IPD Gombak dan IPD Klang Selatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, individu awam yang ditahan pula di kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8).

"Operasi dijalankan susulan maklumat awam berikutan terdapat pusat hiburan masih beroperasi walaupaun tidak dibenarkan beroperasi ketika tempoh PKPB.

"Premis didapati menggunakan lesen restoran dan bar serta tidak mempunyai lesen hiburan yang sah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.