KETIKA pimpinan dan penyokong parti pembangkang
sibuk memperolokkan kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri
Tuan Ibrahim Tuan Man, supaya orang ramai khususnya rakyat Kelantan
memanfaatkan air hujan, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) maju
selangkah ke hadapan. KASA melalui agensi di bawahnya, Institut
Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), sudah mula mengeluarkan
air minuman yang bersumberkan Penuaian Air Hujan.
Pusat Penuaian
Air Hujan yang diusahakan oleh NAHRIM, dengan izin Allah akan dirasmikan
oleh Menteri Alam Sekitar dan Air sedikit masa lagi. Air minuman yang
dihasilkan oleh NAHRIM bersumberkan Penuaian Air Hujan telahpun
digunakan oleh pejabat KASA di Putrajaya dan juga pejabat KASA di
Parlimen. Sebagaimana yang pernah diumumkan oleh NAHRIM sebelum ini,
produk air minuman tersebut akan memasuki pasaran seawal tahun hadapan.
Usaha
yang dilakukan oleh NAHRIM sekali gus menjawab perolokan yang dilakukan
oleh pimpinan dan penyokong Pakatan Harapan (PH) terhadap kenyataan
Menteri Alam Sekitar dan Air di Kelantan pada minggu lepas. Meskipun
Sistem Penuaian Air Hujan sudah begitu dikenali di seluruh dunia malah
sudahpun diamalkan oleh pelbagai pihak dalam kalangan masyarakat
Malaysia, kenyataan Dato’ Sri Tuan Ibrahim telah dipolitikkan oleh
pimpinan dan penyokong PH.
Tindakan pimpinan dan penyokong PH mempolitikkan isu ini, dilihat sudah mula memakan diri mereka sendiri apabila masyarakat awam mula mempertikaikan kedangkalan pemikiran mereka berhubung dengan Penuaian Air Hujan. Sebaliknya Menteri Alam Sekitar dan Air akan terus melangkah ke hadapan mengemudi KASA ke arah menjaga kemaslahatan manusia dan alam sekitar, tanpa perlu melayan kedangkalan tindakan pimpinan dan penyokong parti pembangkang.
DR MOHD ZUHDI MARSUKISetiausaha Politik Kepada Menteri Alam Sekitar dan Air – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.