Selasa, 22 September 2020

Kejam, lelaki hempas kucing ke lantai hingga alami pendarahan


KUALA LUMPUR
― Berang melihat seekor kucing memanjat atas keretanya, seorang lelaki sanggup menghempas haiwan itu ke lantai dengan kuat.

Perbuatan kejam itu dikatakan berlaku di Setapak, di sini, apabila seekor kucing dilihat memanjat sebuah kereta Honda yang diletakkan di lot parkir deretan kedai.

Kemudian seorang lelaki yang berpelitup muka dilihat berjalan ke arah kereta itu dan terus menggenggam kucing yang berada atas cermin hadapan kenderaan terbabit lalu menghempas haiwan itu ke lantai dengan kuat.

Tanpa rasa belas kasihan, lelaki itu kemudian membuka pintu keretanya dan berlalu pergi.

Insiden itu dikesan melalui rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 55 saat dan tersebar di media sosial sejak semalam.

Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing, akibat kejadian itu haiwan malang itu mengalami pendarahan dan masalah pembuangan najis.

Kucing dikatakan milik salah seorang peniaga kedai itu kini dirawat dan dijaga di bawah pengawasan klinik veterinar.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, orang awam yang melihat insiden kekejaman haiwan boleh membuat aduan dengan memberikan butiran diri, keterangan, gambar serta video melalui aplikasi atas talian eAduan DVS atau pro@dvs.gov.my.

#Sumber : MM   

MR :    Manusia makin ganas kerana didik agama/moral makin tipis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.