Sabtu, 1 Ogos 2020

2,400 produk bumiputera termasuk artis dijual di Pasaraya Angkasa

Wan Noor Hayati Wan Alias
abon-681x739
Pelawak, Abon bersama produknya selepas sidang media Pasaraya Angakasa
di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,400 produk usahawan bumiputera muslim telah memasuki rak jualan Pasaraya Angkasa Halal Hub yang beroperasi sejak November 2019.

Pasaraya terletak di Kampung Baru itu mengamalkan konsep urusniaga konsaimen iaitu konsep letak dahulu barang, kira untung selepas jualan.

WhatsApp-Image-2020-07-29-at-3
Sidang media yang turut dihadiri selebriti di Pasaraya Angkasa
Halal Hub di Kuala Lumpur semalam.

Semalam, Pasaraya Angkasa memberi peluang kepada golongan selebriti menyertai usaha itu dengan memperkenalkan Hub Selebriti Produk sebagai platform golongan selebriti memasarkan produk masing-masing.

Antara selebriti menyertai program itu adalah Ahli Kehormat Koperasi Seni Warisan Berhad (KoSeniWan), Datuk Zulkeflie M. Osman, Datuk S. Subash, Abon dan Chef Liza Zainol.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nordin Mohamad berkata, menerusi platform berkenaan, pasaraya Angkasa serta pengusaha industri kecil dan sederhana lain turut mendapat manfaat daripada aktiviti promosi golongan selebriti di premis berkenaan.

“Kami menyasarkan 40 hingga 50 produk selebriti untuk ditempatkan di seluruh 10 cawangan yang bakal dibuka berperingkat.

“Ketika ini seramai 10 selebriti telah memasarkan produk mereka di pasaraya ini,” katanya.

Bagaimanapun keutamaan Angkasa adalah memberi peluang kepada semua usahawan kecil dan sederhana (IKS) bumiputera untuk memasarkan produk mereka menerusi platform ini serta menerusi laman web kami di www.pasarayaangkasa.com.my.

“Malah pihak kami boleh memberi panduan kepada IKS untuk mendapatkan geran serta panduan pembungkusan dan pemasaran ,” kata Nordin pada sidang medianya.

WhatsApp-Image-2020-07-29-at-3
Chef Liza Zainol bersama produknya.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Angkasa Halal Hub, Dom Norlina Md Saed, Ketua Pegawai Operasi Angkasa Halal Hub, Dzafir Hilmi dan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gulab Jan Faizal.

Dalam pada itu, Dom Norlina memberitahu, tiga cabaran utama yang dihadapi oleh pasaraya itu adalah pengiklanan, kurang dana untuk pengiklanan serta sokongan antara satu sama lain.

“Kami amat berharap media membantu mempromosikan platform ini kerana ia bukan sahaja menaikkan semangat untuk membantu usahawan bumiputera lain tetapi ia juga sebagai satu langkah jihad ekonomi.

Sementara itu, Zulkeflie berkata seramai 50 selebriti dibawah KoSeniWan sudah memiliki produk sendiri, malah mendapat kerjasama dengan Fama untuk diberi keutamaan memasarkan produk masing-masing di pasar tani.

WhatsApp-Image-2020-07-29-at-3
Zulkeflie M.Osman

“Kita ambil pelajaran terhadap nasib golongan selebriti yang berhadapan isu kewangan apabila aktiviti seni semakin hari semakin terhad kerana persaingan dalam bidang seni seperti sedia maklum.

“Dengan adanya platform seperti ini kami memastikan selebriti dapat meneruskan kehidupan malah mengembangkan produk mereka bukan sahaja tempatan tetapi di peringkat global.

“Mereka sudah ada peminat sendiri hanya perlu tambahan platform untuk menjana pendapatan serta membantu komuniti usahawan untuk saling membantu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.