MEMETIK petikan media Datuk Seri Ismail
Sabri pada 1 Julai 2020, bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan
mengumumkan Standard of Procedure (SOP) yang terperinci serta
mengumumkan tarikh pembukaan IPT.
Namun begitu ia telah mendapat pelbagai respons yang
berbeza terhadap perancangan kerajaan ini.
Melihat dalam lingkup sebagai
seorang mahasiswa yang masih valid No Matrik nya, saya berpendapat
bahawa ia adalah sebuah keputusan yang drastik dan ‘membebankan’ bagi
sesetengah mahasiswa. Jika benar tindakan KPT untuk membuka IPT lebih
awal ini sudah semestinya memberi kesan kepada sesetengah IPT yang telah
mengumumkan langkah dan pindaan lebih awal untuk hanya mengadakan
pembelajaran secara atas talian sehingga tahun hadapan dan pihak IPT
SEWAJARNYA KEKAL dan TETAP dengan pendirian yang telah diuarkan.
Saya nyatakan asbab mengapa pihak IPT terutamanya pihak
UPSI perlu kekal dengan pindaan sedia ada untuk kembali ke IPT
seawalnya tahun hadapan.
1. Pihak atasan perlu menahan tekanan dengan pelbagai
desakan yang dibawa oleh segelintir pihak mahasiswa yang awalnya desak
pihak universiti untuk hantar mereka pulang ke rumah. Bila kerajaan atau
pihak universiti lambat bertindak dipersoalkan kenapa lambat nak hantar
pelajar pulang sampai ada yang meminta untuk pulang secara percuma
tetapi tetap ditunaikan.
2. Apabila sudah berada di rumah, IPT disuruh buka pula
dengan lebih awal dan timbul banyak benda untuk disoalkan, ‘rumah tiada
Internet, line slow untuk kelas’ tetapi mengapa anda tetap
berkeras untuk pulang ? Di mana nilai kewajaran yang ada untuk meminta
supaya IPT dibuka awal sedangkan anda tahu situasi di rumah anda!
3. Ini adalah suatu keadaan yang tidak adil kerana
terdapat mahasiswa yang menyewa serta telah menamatkan kontrak mahupun
melepaskan rumah dan mengangkut barang kembali ke kampung disebabkan
tidak mampu untuk menampung atas kapasiti kewangan. Jika ingin buka
semula sewaan, pasti tuan rumah akan mengenakan caj yang lebih tinggi
dari sebelumnya. Jadi takkanlah disebabkan masalah ini, maka pihak IPT
perlu membantu kesemua mahasiswa yang mengalami masalah tersebut.
4. Isu soal masalah capaian Internet, ramai sahaja yang
kekal di sekitar tanjung malim kerana tahu capaian di rumah
masing-masing tidak begitu baik, maka mereka kekal untuk proses belajar,
menyiapkan tugasan dan sebagainya. Jadi , mengapa sesiapa yang banyak
masalah di rumah ini tidak memikirkan soal capaian internet terlebih
dahulu ?
Sejajar dengan kuasa autonomi yang telah diberikan
kepada UPSI bermula 2018 untuk lebih fleksibel dalam membuat keputusan
mengenai pengurusan tetapi masih menjadikan dasar kerajaan sebagai
pertimbangan, maka saya berpendapat adalah wajar untuk UPSI tetap dengan
pindaan untuk membuka IPT seawal tahun hadapan selaras dengan pelbagai
lagi kewajaran yang perlu diteliti berbanding desakan sesetengah pihak
yang tidak berfikir lebih awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.