KUALA
LUMPUR – Ketika negara masih lagi sedang bergelut dengan pandemik
Covid-19, ternyata pembangkang masih sibuk dengan agenda sendiri untuk
kembali berkuasa.
Malah
sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
begitu lantang dalam menyuarakan isu-isu politik walaupun ada kala
kenyataannya mengelirukan.
Terdapat dakwaan mengatakan beliau telah meminta pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menolak sahaja sebarang Rang Undang-Undang (RUU) yang dicadangkan oleh kerajaan melainkan beliau dapat apa yang dihajati.
Tun Mahathir sedang mengancam serta menahan seluruh rakyat di negara sebagai ‘tebusan’ demi kepentingan dirinya daripada memberi keutamaan negara mengekang penularan Covid-19.
Ketua Pemuda MIC, R Thinalan berkata, PH akan menjadi penghalang kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN) mendapatkan meluluskan RUU berkaitan dengan Covid-19, termasuk pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Saya
hendak tanya, adakah ini masanya untuk lakukan perkara sedemikian?
Ketika kita sedang hadapi pandemik Covid-19? Ketika rakyat sedang susah
dengan krisis ekonomi, adakah anda mahu mereka lalui krisis politik pula
demi hawa nafsu segelinitir pihak?
“Untuk
fahaman lebih jelas, gerakan undi tidak percaya tidak pernah ditolak
sebaliknya hanya ditangguhkan kerana kerajaan perlu tangani wabak
Covid-19 ini terlebih dahulu, ingat ini masalah Malaysia sahaja sebalik
seluruh dunia. Belum ada satu negara pun berjaya tangani penularan
penyakit setakat ini. Jadi sabarlah, jangan cuba kelirukan atau resahkan
umum.
“Yang
diPertuan Agong sendiri sudah beri peringatan, nasihat selain membuat
pendedahan tentang pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana
Menteri ke-8.
“Tolonglah
jangan terlalu obses untuk berkuasa kembali, ini adalah masa yang
kurang tepat untuk bersikap sedemikian, rakyat sedang perhatikan anda
semua sebenarnya,” katanya.
Menurut Thinalan, PH sendiri sedang diselubungi pelbagai masalah dalaman yang masih belum diselesaikan
“Saya
beri contoh, Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih
lagi tidak mampu duduk semeja selesai krisis mereka, nampak seperti
itulah. Jadi bagaimana pula pemimpin-pemimpin ini mampu teraju negara?
Lagi-lagi kita sedang lalui krisis kesihatan yang belum bila ianya akan
reda.
Beberapa hari lepas kecoh pula audio rakaman suara Mesyuarat Majlis PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial. Malah Anwar sendiri akui ianya rakaman asli yang mana keadaan begitu tegang.
“Jelas sekali bagaimana krisis serta perebutan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar berhubung jawatan Perdana Menteri sehinggalah jatuhnya kerajaan PH dalam keadaan sungguh memalukan,” ujarnya.
Jelas
Thinalan, adalah melucukan apabila Anwar tampil mengakui rakaman itu
asli manakala Dr. Mahathir pula mendakwa ia telah dimanipulasi.
“Siapa
yang betul? Ini pun anda tidak sependapat dan terus bermain tali,
adakah anda fikir rakyat berminat dengan semua ini sebenarnya? Tolonglah
sesekali pentingkan rakyat.
“Agak
mengelirukan juga untuk melihat Tun Mahathir masih lagi kelihatan
begitu berkuasa melebihi Anwar yang kini sudah diangkat menjadi Ketua
Pembangkang. Apa yang betulnya?
“Jika inilah keadaannya, jadi siapa pula akan menjadi Perdana Menteri? Tun Mahathir atau Anwar? Pelik betul politik mereka ini, masih lagi bergelut untuk terus berkuasa walaupun sudah bergelar pembangkang.
“Sudah-sudahlah, MIC mohon kepada kedua-dua mereka ini dan seluruh pimpinan PH untuk fokus dan kembali ke landasan yang betul, ketika ini rakyat Malaysia perlu anda sekelian untuk utamakan isu kesihatan.
“Pandemik Covid-19 lebih penting, yang lain tolak tepi dahulu, tolonglah,” tegasnya. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.