Sabtu, 23 Mei 2020

Peniaga ayam pertama di Pahang dikompaun RM2,500

Roselan Ab Malek

Seorang peniaga ayam berusia, 71 Seorang peniaga berusia 71 di pasar Lanchang telah dikompaun sebanyak RM 2500 kerana menjual ayam Standard RM8.50 bagi satu kilogran melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan iaitu RM 7.50 sekilogram. FOTO ROSELAN AB MALEK

TINDAKAN seorang peniaga di Pasar Besar Lancang, Temerloh cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan menjual ayam pada harga lebih tinggi menerima padah apabila dikenakan kompaun RM2,500, hari ini.

Operasi pada 10 pagi dilakukan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Temerloh selepas menerima maklumat awam.

Ketua Cawangan KPDNHEP Temerloh, Abdul RazakYahaya berkata, pemeriksaan yang dilakukan di pasar terbabit mendapati dua peniaga ayam melakukan kesalahan

"Seorang peniaga berusia 71 dikompaun RM2,500 kerana menjual ayam standard pada harga RM8.50 sekilogram melebihi harga maksimum yang ditetapkan iaitu RM7.50 sekilogram

"Keselahan itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Lelaki terbabit adalah peniaga pertama dikesan di Pahang melakukan kesalahan menjual harga melebihi harga maksimum bagi barang harga terkawal," katanya.

Menurutnya, peniaga ayam lain juga berusia 71 tahun dikompaun RM1,000 kerana tidak mempamerkan tanda harga dan kesalahan dilakukan mengikut Perenggan 3(1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

Katanya, tindakan diambil terhadap dua peniaga itu bagi memastikan peniaga lain mematuhi harga kawalan dan bekalan makanan mencukupi di pasaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.