Para saintis mendapati pesakit Covid-19 tidak akan menjangkiti orang lain selepas tempoh 11 hari, walaupun masih positif wabak itu.
Hasil kajian yang dilakukan di Singapura mendapati, individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus itu lebih kurang 2 hari sebelum menunjukkan sebarang tanda.
Pesakit Covid-19 kemudian akan mula menyebarkan virus dalam tempoh 7 hingga 10 hari selepas menunjukkan simptom-simptom jangkitan termasuk demam dengan suhu tinggi diikuti batuk berterusan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan, setelah para saintis dari Pusat Nasional Penyakit Berjangkit dan Akademi Perubatan Singapura mengkaji 73 pesakit Covid-19 di sana.
Difahamkan, perkara ini adalah kerana replikasi virus aktif itu turun dengan cepat selepas seminggu dan virus tidak dijumpai lagi selepas minggu kedua.
Para saintis berharap kajian mereka mengenai kemampuan penyebaran penyakit ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak hospital mengetahui waktu yang tepat untuk mengizinkan pesakit discaj dan pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.