JOHOR BAHRU – Polis mengejar dua individu yang cuba melarikan diri
sejauh 15 kilometer, dengan menggunakan sembilan kereta peronda, sebelum
berjaya menangkap kedua-dua lelaki itu di Jalan Kangkar Tebrau,
semalam.
Ketua Polis Johor. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan pada pukul 9.20 malam selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika polis sedang membuat rondaan di Taman Pelangi.
“Siasatan ke atas kedua-dua suspek kemudiannya mendapati mereka
memiliki dadah jenis syabu seberat 3.1 gram. Kita turut mendapati
kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan
dadah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di
sini hai ini.
Menurut beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari
bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan
Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 2020. – BernamaKetua Polis Johor. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan pada pukul 9.20 malam selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika polis sedang membuat rondaan di Taman Pelangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.