UEC adalah pengkhianat kepada sistem pendidikan kebangsaan
BANGI
– Pengambilan calon Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada tahun ini mendapat
hentaman rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengannya.
Semalam,
Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membuat
pengumuman di laman Facebooknya berkenaan keputusan kemasukan ke program
PISMP-UEC.
Bagaimanapun,
rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pengumuman itu dan
menyifatkan ia sebagai tidak layak untuk mendapat tempat dalam mana-mana
sistem pendidikan kebangsaan.
Satu laman
di Facebook dengan nama ‘Kami Sayang Muhyiddin’ berkata: ”Mereka masih
berbangga dengan pengiktirafan UEC ke dalam program perguruan. Kita pula
perlu terus membantah dan bersuara.
“Ingat. Semakin kita bertolak ansur dengan UEC, semakin banyak pula yang dituntutnya nanti,” katanya.
Sementara
itu, laman Facebook, Jiao Zong pula menjadi tempat netizen melepaskan
rasa tidak berpuas hati setelah ia mengumumkan perkara itu.
Salah seorang pengguna Facebook, Solehah berkata, dirinya membantah sepenuhnya peperiksaan yang bukan berasal dari Malaysia itu.
“Maaf. Aku bantah UEC. NegaraKu Tanah tumpahnya Darahku,” katanya.
Manakala, Ameer Deenz pula berkata, UEC merupakan pengkhianat kepada sistem pendidikan negara Malaysia.
“Mana boleh ada 2 Perdana Menteri dalam 1 negara,” katanya.
Yusoff Rozi pula menegaskan, hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sewajarnya diterima di negara ini.
“Be a Malaysian first. Your motherland second,” katanya.
Manakala, seorang lagi pengguna laman Facebook, Yakin Alwi dengan ringkas berkata, ”Ini Malaysia. Bukan Taiwan.”
Jiao Zong
dalam satu kenyataan semalam menggesa, calon yang telah memohon
PISMP-UEC untuk kategori SJKC agar melayari laman web
https://pismp.moe.gov.my/ untuk menyemak Ujian Kelayakan Calon Guru
(UKCG) dan senarai nama calon temu duga.
Katanya,
kesan dari wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ujian
penilaian kelayakan calon guru tahun ini akan dijalankan di atas talian,
dan temu duga telah diubah kepada video rakaman oleh pemohon yang perlu
dimuat naik ke laman web tersebut.
Pengambilan pelajar untuk PISMP kategori SJKC tahun ini adalah seramai 1,310.
“Pihak
berkenaan dipercayai akan mengumumkan senarai calon yang berjaya untuk
mengikuti program latihan pengajaran pada 3 Jun, sementara tarikh
pendaftaran dan mula mengajar adalah pada 1 hari bulan September,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.