Rabu, 1 April 2020

Grup Telegram artis hina netizen IQ rendah, lembu – Zarina

Wartawan MalaysiaGazette
WhatsApp-Image-2020-04-01-at-14
Zarina Anjoulie.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan terdapat segelintir artis yang mewujudkan satu akaun Telegram khas sambil menghina golongan netizen.

Sambil memuat naik mesej berbualan artis-artis berkenaan di Instagram miliknya, Zarina berkata ada dalam kalangan artis itu menghina netizen IQ rendah dan diibaratkan lembu di cucuk hidung.

Kata ibu tunggal itu, golongan artis itu sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tiada apa-apa dan tidak mungkin mereka boleh mencipta nama.

Dia juga turut menjadi kecaman dalam grup itu apabila kisah lampau diungkit hingga ada yang mahu Zarina melakukan ujian air kencing.

Zarina kini menjadi ‘sasaran’ beberapa artis yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan lantangnya menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun mengharapkan bantuan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Semalam, kecoh apabila Persatuan Seniman Malaysia membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video hasutan terhadap industri seni Malaysia.

Meskipun tidak dinyatakan nama, ramai yang andaian bahawa laporan polis itu dibuat terhadap Zarina yang sebelum ini pernah meuat naik video mengecam tindakan beberapa artis. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.