Dua lelaki memilih untuk memasuk penjara selepas mereka didapati bersalah kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kedua-dua mereka, Chin Chee Wei, 45, dan Chong Poh Wah, 56, bekerja sebagai buruh yang memasang genting bumbung, berasal dari Kampung Baru Rimba Panjang di Sungai Siput, Perak.
Menurut dokumen mahkamah, mereka ditangkap semalam semasa menaiki motosikal dengan membawa batang kail.
Menurut Sin Chew Daily, kedua-duanya memberitahu mahkamah bahawa mereka lazimnya mendapat upah harian sebanyak RM100 tetapi tidak dapat bekerja dengan pelaksanaan PKP.
Mereka memberitahu bahawa tujuan mereka keluar memancing dengan tujuan mendapatkan ikan sebagai makanan dan tidak mempunyai niat untuk menjual ikan berkenaan.
Akhbar itu melaporkan bahawa mereka memilih untuk dipenjarakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar denda yang jumlahnya tidak dinyatakan.
Mahkamah, kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan ke atas kedua-dua mereka.
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 ini melarang pergerakan yang tidak penting di seluruh negara sehingga berakhirnya tempoh PKP.
Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang itu boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.