Akses aplikasi yang diperkenal KPM seperti Google Classroom
BANGI– Ibu bapa dinasihat menyediakan jadual belajar untuk anak-anak
masing-masing di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang ditetapkan sehingga 14 April depan.
Presiden
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Ustaz Mohd Azizee Hasan
berkata, perkara itu penting untuk memastikan anak-anak tidak
ketinggalan dalam pembelajaran.
Ibu bapa juga perlu melakukan pemantauan dan memastikan anak-anak mereka berterusan mengulangkaji pelajaran, katanya.
“Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat berkaitan jadual pengajaran guru secara atas talian melalui group WhatsApp ibu bapa.
“Bagi
anak-anak yang tiada kelas atas talian bersama guru, ibu bapa bolehlah
menyediakan jadual belajar anak-anak di rumah dan memperkenalkan
aktiviti pembelajaran yang menarik antaranya seperti Quizizz, Kahoots
dan sebagainya,” katanya kepada Ismaweb.net.
Selain itu,
beliau berkata, bagi yang mempunyai kemudahan, anak-anak boleh dilatih
mengakses aplikasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) seperti Google Classroom untuk memudahkan pembelajaran di
rumah.
“Anak-anak
juga boleh diajar untuk ‘explore’ kaedah pembelajaran secara maya
seperti menggunakan aplikasi Zoom, Hangout dan sebagainya untuk
berinteraksi dengan guru kelas,” katanya.
Mohd Azizee
menegaskan, pemantauan yang berterusan oleh ibu bapa amat penting supaya
anak-anak tidak menggunakan gajet untuk perkara yang tidak berfaedah
seperti bermain permainan video, ‘Tik Tok’, melayari pornografi dan
sebagainya.
Sementara bagi para guru, Mohd Azizee berkata, mereka perlu merancang aktiviti pembelajaran untuk murid-murid secara sistematik.
“Adalah disyorkan supaya mereka menyediakan bahan pembelajaran secara kreatif, menguasai aplikasi pembelajaran abad 21.
“Guru juga
perlu memudahkan capaian ilmu terutama kepada anak-anak luar bandar yang
kurang akses internet dengan menggunakan medium yang bersesuaian,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.