Dakwa Presiden Bersatu itu tidak dapat sokongan majoriti Parlimen
KUALA LUMPUR
– Tidak sampai dua jam sebelum majlis angkat sumpah Perdana Menteri
yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin
Yassin bukanlah PM yang sebenar kerana beliau tidak mendapat sokongan
majoriti dalam Parlimen.
Dr Mahathir, Perdana Menteri Interim
memberitahu persidangan akhbar bahawa sebaliknya beliau mendapat
sokongan majoriti daripada 114 Ahli Parlimen, hasil daripada gabungan
Pakatan Harapan, Warisan dan beberapa Anggota Parlimen bebas,
sesetengahnya daripada parti beliau sendiri, Bersatu.
“Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat
sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu,” katanya pada
persidangan akhbar yang diadakan di Yayasan Albukhary di sini.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.