Sabtu, 28 Mac 2020

Gara-gara air suam, COVID-19 -- PH tak tahu mana yang utama, kutuk aje yang mereka tahu, langsung tak membantu rakyat



BILA menteri mungkin tersalah cakap (fakta) agar banyak minum air suam bagi menangani COVID-19, heboh satu dunia, sedangkan banyak lagi perkara lebih penting untuk dibincangkan dalam berhadapan wabak ini.

Bukan main lagi ultra kiasu mengkritik dan mengutuk, seolah-olah menteri melakukan dosa besar.
Isunya, pendapat beliau mengenai minum air suam banyak untuk bunuh virus COVID-19 sahaja. Memang fakta itu salah. Namun, galakan minum air itu betul.

Dalam amalan seharian, memang kita digalakkan minum air banyak, supaya kerongkong sentiasa basah. Kecualilah beliau berkata jangan minum air. Itu baharulah isu besar.

Tidak ketinggalan, isu air suam ini juga mendapat perhatian, anak gadis kita jurusan perubatan di luar negara, yang dahulunya bertudung, kini tidak lagi, bila belajar dan berkhidmat di sana, turut membetulkan fakta Menteri Kesihatan.

Baguslah tuh. Nasihat saya kepada anak gadis tersebut, baliklah berkhidmat. Curahkan tenaga dan idea yang bernas, untuk membangunkan negara ini. Rasai apa yang kami rasai di sini.

Bukan hanya memandang daripada jauh. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.

Ultra kiasu mengambil kesempatan ini, untuk hentam kaw kaw Menteri Kesihatan. Sehingga ada yang mendesak Menteri Kesihatan dipecat, menjadi pelawak dan berbagai kutukan lagi. Ini sindrom orang hilang kuasa.

Bapak ultra kiasu turut mencadangkan supaya bekas Menteri Kesihatan mereka perlu dibawa kembali dalam kerajaan untuk menangani wabak ini. Sudah macam tidak ada orang lain dah.

Kalau dia ada idea yang hebat, buat dahulu di negeri Selangor. Bukankah beliau sudah dilantik untuk menangani wabak ini di Selangor. Sehingga kini, tidak nampak pula solusi terbaik. Semua masih mengikut arahan dan strategi Kerajaan Pusat.

Pun begitu, jika ada idea yang bernas dan memberansangkan, cakap sahaja atau tulis dalam media sosial. Pihak kerajaan akan ambil cakna, jika benar-benar bagus. Setakat ini, tidak nampak apapun lagi.

Justeru, ultra kiasu tidak payahlah bapak ultra kiasu suruh bekas menteri mereka masuk balik dalam Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan yang sedia ada, tidak kurang hebatnya berbanding dengan bekas menteri tersebut.

Saya cukup teruja dengan cara Ketua Pengarah Kesihatan berbicara dalam menangani COVID-19.

Kadang-kala idea menteri yang bercakap, bukan idea beliau yang sebenar. Tetapi setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada kementerian terbabit.

Sebab itu, perhatikan, apabila menteri bercakap, sebenarnya bukan idea menteri itu semua, tetapi setelah melalui nasihat pakar dan think thank di kementeriannya.

Sejak dahulu saya katakan, kerajaan walaupun tanpa menteri, masih boleh berfungsi. Orang politik atau menteri datang dan pergi. Tetapi perkhidmatan awam tetap berada di sisi kerajaan. Tetap berada di hadapan.

Buktinya , siapakah yang berada di hadapan, berhadapan dengan wabak COVID-19? Benar, tidak dinafikan, pemimpin kerajaan sentiasa peka dan mengeluarkan arahan. Namun, siapa yang melaksanakan?

Sudah tentu perkhidmatan awam. Lihatlah dengan mata terbuka, bagaimana warga perubatan terutama doktor perubatan dan jururawat berada di hadapan. Sehinggakan nyawa menjadi gadaian. Orang politik dan ultra kiasu berada di mana? Duduk di rumah mendengar berita sahajakan?

Sebenarnya mereka inilah yang layak dan wajar diberikan pangkat dan gelaran, bukan orang politik seperti ultra kiasu.

Jika nak cari salah orang, kita pun boleh cari salah juga.

Dahulu, ketika COVID-19 mula merebak, ramai mencadangkan supaya tutup pintu negara ini daripada kunjungan warga atau pelancong asing, tetapi ultra kiasu yang memerintah tidak mahu dengar.

Mereka lebih pentingkan warga China, wang ringgit China. Akhirnya, apa jadi?

Saya nak sebutkan, isu minum air suam ini bukanlah besar sangat, berbanding dosa ultra kiasu yang degil tidak mahu menerima nasihat awam. Inilah kejahatan ultra kiasu yang sukar untuk dimaafkan. Justeru, jangan jadikan isu air suam untuk menutupi kesalahan kamu.

Sebab itu, berpada-pada ultra kiasu, bila nak kutuk orang. Bapak ultra kiasu sifatkan Menteri Kesihatan sebagai pelawak. Pelawak atuk kau? Kau ultra kiasu yang tua itu yang pelawak. Suka sangat pada pelancong China.

Saya bukanlah pakar bidang ini, tetapi berpada-padalah nak mengutuk. Kerajaan hari ini sedang berhempas pulas untuk menangani wabak ini, termasuk menggunakan khidmat tentera.

Ultra kiasu seperti cacing kepanasan, apabila khidmat tentera digunakan. Takut nanti, tentera menyekat kebebasan ultra kiasu seperti negara yang dikuasai junta.

Jika nak dituduh sebagai pelawak, pada saya, ketika Menteri Pertahanan ultra kiasu berkata, kapal perang kita tidak boleh mengejar kapal perang China dalam persidangan antarabangsa, itu paling lawak.

Tidak pernah dalam dunia ini seorang Menteri Pertahanan membuka pekung akan kemampuan pertahanan negara berbanding negara lain.

Sebenarnya, banyak lagi pelawak-pelawak menteri-menteri PH yang pecah perut kalau saya nak tulis di sini, seperti menoreh getah di musim hujan, tanam buluh sementara menunggu hasil sawit dan banyak lagi.

Kenapa bapak ultra kiasu dan pemuda ultra kiasu tidak berkata, menteri mereka pelawak. Kena pada dia senyap, kena pada orang lain, heboh satu dunia. Dahlah ultra kiasu, sekali kamu buka mulut sahaja, kita dah tahu siapa kamu yang sebenar.

Sama juga bila kamu mencadangkan saringan besar-besaran dilakukan dengan kos ditanggung oleh kerajaan seperti yang Kanada dan Australia, sama ada sudah dijangkiti atau belum. Senang kamu cakap, bila tidak lagi memerintah. Kenapa kamu tidak sediakan semua peralatan itu, ketika berada ditampuk kuasa?

Dalam keadaan yang terdesak ini, barulah nak mencadangkan perkara memang sukar untuk dilaksanakan.

Pada saya, jika perintah kawalan pergerakan dapat dilaksanakan dan dipatuhi, itu dah kira cukup bagus, selain daripada segala iktiar dan inisiatif yang dilakukan kerajaan. Kementerian Kesihatan telah lakukan pada tahap terbaik.

Kepada yang kehilangan orang tersayang, akibat COVID-19 ini, takziah. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

Khas kepada pasukan perubatan, Kementerian Kesihatan, marilah kita sama-sama berdoa, semoga Allah SWT memberikan mereka kekuatan dan semangat, untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Yakinlah, bahawa ganjaranNya pasti akan datang.

MR :  PH tiada semasa genting ini satu rahmah, kadang terfikir kenapa tiba-tiba PH tumbang... maybe nak orang lain kendalikan wabak ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.