Ngeh Koo Ham pertikai insentif khas RM500 kepada penjawat awam
BANGI
– Mengapa DAP begitu dengki dan benci kepada penjawat awam sehingga
mempertikai bantuan tunai RM500 yang diumumkan kerajaan Perikatan
Nasional (PN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN).
Pensyarah
Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Dr
Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan sikap parti berkenaan yang tidak
senang dengan penjawat awam.
Beliau berkata, DAP sebelum ini pernah menganggap penjawat awam sebagai golongan yang bermasalah dan perlu dikurangkan saiznya.
“Kini bila
PM umum beri bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam
untuk merangsang ekonomi pun DAP persoalkan. Mengapa DAP begitu dengki
dan benci kepada penjawat awam, apakah hanya kerana majoriti daripada
mereka berbangsa Melayu?
“Ingatlah,
tanpa sumbangan penjawat awam pentadbiran negara akan terhenti, apalah
sangat nilai RM500 dibanding jasa bakti mereka. Apa DAP ingat penjawat
awam tidak susah jugakah ekoran wabak COVID-19 ini?,” katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin DAP yang juga Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, mempertikai pemberian
insentif khas RM500 kepada penjawat awam susulan krisis COVID-19 di
negara ini.
“Saya
sokong insentif yang diberikan kepada petugas barisan hadapan COVID-19.
Muhyiddin perlu jelaskan kenapa beliau juga memberikan bonus RM500
kepada penjawat awam lain, apabila mereka dibayar gaji penuh dan tidak
bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya apabila negara
melalui krisis kesihatan dan kewangan?,” soal Koo Ham.
Jumaat
lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang
menyeluruh kepada semua rakyat termasuk golongan B40 dan M40.
Melalui
pakej itu, kakitangan awam gred 56 dan ke bawah termasuk yang bekerja
secara kontrak diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500
mulai April ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.