KUALA LUMPUR- Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang menuduh parti pembangkang menjadi dalang kepada insiden serangan malam tadi sebagai melampau.
Malah parti berkenaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, tegasnya.
“Kamu bergaduh sama sendiri musim pemilihan Armada, kamu tuduh UMNO yang cetuskan.
“Kalau berani buat laporan polis dan tulis terang-terang tuduhan kamu seperti dalam FB ini.
“Mudah kami Pemuda UMNO menyaman kamu membuat laporan palsu.
“Sudahlah kes dengan Saudara Azri Papagomo dulu kamu tuduh beliau mencekak leher sehingga tisu terkoyak masih berjalan di mahkamah, tunggulah pula saman kedua jika kamu terus menuduh UMNO yang menyebabkan kamu lompat pagar malam tadi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Malam tadi, Syed Saddiq dalam satu hantaran di Facebook memberitahu beliau bersama pemimpin Armada yang lain terpaksa melarikan diri dengan mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.
Katanya, kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir.
Syed Saddiq juga mendakwa kumpulan tersebut melaungkan kepada beliau supaya meminta maaf kepada Tunku Mahkota Johor. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.