Isnin, 3 Februari 2020

TERKINI : Tindakan Sajat Bertelekung Tidak Jejaskan ‘KUOTA HAJI’ – Mujahid


LIHAT VIDEO DI SINI


PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata perbuatan usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat yang berpakaian wanita dengan bertelekung di Mekah tidak menjejaskan isu kuota haji negara yang diperoleh, tahun ini.

Katanya, isu yang dibawa oleh Sajat adalah lebih kepada isu individu biarpun isu ini telah menjejaskan maruah negara.

“Saya rasa tidak ada dan kita tidak boleh jadikan dia sebagai satu alasan oleh kerana perbuatan Sajat, kuota haji Malaysia kurang itu bukan isu.

“Ia lebih kepada isu individu yang perlu ditangani secara individu.

 “Ini tidak akan beri kesan kepada kuota haji negara. Itu tidak melibatkan polisi negara. Tapi perbuatan itu bertentangan dengan Islam dengan berpakaian wanita,” katanya kepada media selepas selepas menghadiri town hall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Mujahid turut ditanya mengenai sebarang tindakan yang boleh diambil terhadap Sajat, beliau bagaimanapun menasihatkan agar Sajat berubah dan berhenti daripada membuat sebarang kontroversi di masa akan datang.

“Saya tidak tahu sebab Arab Saudi ada undang-undang mereka sendiri. Dan kita harus hormat akan undang-undang mana-mana negara. Khususnya di Mekah dan Madinah sebab mereka ada peraturannya yang ketat tentang isu ini.

“Tolong balik ke Malaysia dan saya ingin menggunakan platform ini untuk beritahu dia tolong sebab perbuatan anda itu menimbulkan kebimbangan dan kemarahan orang awam,” katanya lagi.

Sajat dan keluarga pergi menunaikan umrah diuruskan syarikat pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd.

Syarikat itu semalam berkata pihaknya sudah mengambil tindakan susulan dan nasihat melalui Mutawwif yang bertugas di Makkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.