Isnin, 3 Februari 2020

Sajat tak ditahan di Arab Saudi

Muhammad Azizul Osman
83524935_846715042425714_465465951127601152_n-e1580716459628


KUALA LUMPUR – Laporan mengatakan usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi hari ini tidak benar.

Menurut sumber yang memberitahu MalaysiaGazette, berita penahanan Sajat adalah satu berita palsu yang disebarkan.

“Baru dapat tahu daripada ejen beliau, Sajat ada dengan ahli keluarga dia dan baru selesai sarapan (di hotel).

“Tidak ada apa-apa pun (yang berlaku), yang tadi (laporan kata Sajat ditahan) sememangnya fake news,” kata sumber itu yang rapat dengan Kementerian Luar.

Hari ini kecoh di media sosial mendakwa Sajat telah ditahan di Lapangan Terbang Jeddah.

Dakwaan itu dimuatnaik menerusi Facebook, Azmah Mohammed yang mendakwa Sajat telah ditahan di lapangan terbang Jeddah dan menurutnya ia disahkan oleh konsul Malaysia di Jeddah.

Sajat bersama ahli keluarganya pergi ke Arab Saudi untuk melakukan ibadah umrah dengan menggunakan khidmat syarikat pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd.

Sesudah sampai di Mekah, Sajat memakai telekung yang dikhususkan kepada wanita dan melakukan ibadah umrah di Mekah.

Perbuatan itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang kesal dengan kelakuan Sajat dan kini menunggu laporan lanjut mengenainya.

“Sudah tentu kita rasa kesal dia telah menjejaskan imej Islam. Sebagai seorang dalam IC (kad pengenalan) lelaki dan lelaki secara biologinya, pergi Mekah naik flight elok pakai lelaki dan sampai Mekah pakai telekung macam wanita dan pergerakan, tempat sembahyangnya tempat wanita dan menimbulkan rasa tak selesa,” katanya hari ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Kelakuan Sajat beri imej buruk kepada agama – Mujahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.