KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mula membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China dengan menaiki pesawat AirAsia mulai esok.
Kumpulan itu kemudian akan dikuarantinkan selama 14 hari sejurus tiba ke tanah air.
Itu kata kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Wan
Azizah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Pusat memberi penerangan semua mereka Malaysia yang berada di Wuhan
telah diwajibkan menjalani tapisan kesihatan terlebih dahulu mengikut
ketetapan kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.
“Setakat
ini seramai 132 individu terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24
bukan warga negara, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di China untuk
dibawa pulang dari Wuhan.
“Pesawat
AirAsia menjadualkan penerbangan pada 3 Februari 2020 tetapi ia
tertakluk kepada kelulusan kerajaan China. Misi ini juga akan disertai lapan
petugas iaitu enam pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dan seorang pegawai
daripada Kementerian Luar Negeri (KLN).
“AirAsia
akan menggunakan12 kru digunakan dalam misi ini. AirAsia sudah
menetapkan tarikh penerbangan pada esok tertakluk kepada kelulusan
Kerajaan China,” katanya.
Kenyataan
itu juga menyebut dalam misi itu, pesawat juga akan membawa bantuan
keperluan seperti penutup mulut, sarung tangan dan makanan yang
tertakluk kepada senarai dipersetujui kerajaan China.
Jelas
Wan Azizah, dirinya telah sempat mengadakan pertemuan terlebih dahulu
dengan semua pegawai yang akan menyertai misi termasuk kru penerbangan
bagi melahirkan rasa penghargaan dengan pengorbanan mereka ini.
“Khususnya
keluarga yang terbabit atas pengorbanan mereka membantu membawa pulang
rakyat Malaysia dari Wuhan. Saya juga menasihati mereka menjaga
kebajikan dan kesihatan mereka dan semua yang dibawa pulang.
“Sejurus
sampai kelak, sekiranya mempunya simptom akan terus dibawa ke hospital
manakala bakinya yang melepasi saringan akan dibawa dengan bas ke Pusat
Pemantauan untuk tujuan pemantauan,” ujarnya.
Dalam
pada masa sama, Wan Azizah melahirkan rasa berpuas hati dengan semua
aturgerak dan persiapan dibuat dengan semua agensi yang terbabit
khususnya KKM, AirAsia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM)
dan NADMA.
“Marilah
kita mendoakan misi ini berjalan lancar dan semua yang dibawa pulang
dari Wuhan serta pasukan misi dan kru terbabit selamat,” kata beliau.
–MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.