Pesawat komersial penerbangan Batik Air yang membawa warga Indonesia dari Wuhan itu mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Pulau Batam, kira-kira 8.45 pagi waktu Indonesia Barat.
Beberapa media tempatan melaporkan mereka kemudiannya diterbangkan dengan 3 pesawat tentera ke Pulau Natuna di wilayah Kepulauan Riau yang terletak di Laut China Selatan.
Mereka ditempatkan di pangkalan udara tentera Indonesia di Pulau Natuna yang dilaporkan lengkap dengan pelbagai kemudahan serta akan menjalani pemeriksaan dan pemantauan kesihatan selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang bertemu keluarga mereka.
Tiada kes jangkitan koronavirus dicatatkan di Indonesia setakat ini.
“Mereka dilaporkan sihat, bebas daripada jangkitan. Kerajaan China juga menetapkan hanya mereka yang sihat saja dibenarkan keluar dari wilayah terjejas dengan wabak itu,” kata Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto yang dipetik beberapa media tempatan hari ini.
Khamis lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo dilapor mengarahkan rakyatnya di Wuhan dan wilayah Hubei, dibawa pulang ke Indonesia susulan jangkitan koronavirus yang semakin membimbangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.