Hanya bagi taraf warganegara jika mereka fasih cakap Melayu
BANGI
– Kerajaan Pusat digesa bertegas menjadikan bahasa Melayu sebagai asas
kewarganegaraan serta mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rasis
komunis yang menjadi ibu kepada masalah perkauman.
Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee
Abdullah berkata, selagi mana kerajaan tidak bertegas, selagi itu
kedudukan bahasa kebangsaan dianggap sebagai bahasa tidak ada nilai.
Katanya, sudah tiba masanya taraf warganegara hanya boleh diberikan jika ultra kiasu dapat menguasai bahasa negara dengan baik.
Beliau turut menegaskan bahawa institusi
pendidikan vernakular telah menjadi sarang komunis kerana NGO yang
menjaga institusi pendidikan ini berfikiran seperti kumpulan pengganas.
“Komunis ini lebih berkuasa daripada
kerajaan. Komunis ini yang menentukan hala tuju pendidikan sekolah
vernakular walaupun sekolah vernakular dibiayai kerajaan sepenuhnya,”
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Beliau berkata demikian sebagai menyokong
pandangan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa kemelut
pergeseran dan kebiadaban antara kaum tidak akan berhenti selagi
sekolah vernakular yang tidak berbahasa kebangsaan tidak dihapuskan
dalam negara ini.
Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata,
ultra kiasu langsung tidak mahu mengakui bahawa punca masalah perkauman
disebabkan mereka, sebaliknya lebih menyalahkan orang lain seperti UMNO
yang dikatakan memainkan sentimen perkauman sejak kalah pilihan raya
lalu.
“Hina sungguh ultra kiasu ini, masalah
perkauman di negara ini telah bersarang sejak dahulu lagi. Dengan adalah
sekolah vernakular, media, dan NGO perkauman ini, keadaan makin parah.
“Lebih-lebih lagi selepas PRU14. Kenapa?
Ultra kiasu semakin berani mencabar maruah Melayu seperti mengatakan
Melayu juga pendatang, tanah ini berasal tanah Hindu dan banyak lagi.
“Ini belum termasuk kenyataan demi
kenyataan yang amat mengguris oleh ultra kiasu saban hari. Pendek kata,
ultra kiasu sejak kebelakangan ini semakin lama semakin kurang ajar.
Tidak sedar diri dan asal usul,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.