KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap ahli pembangkang ‘melawan’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun depan.
Menurutnya, mereka perlu menentang kegagalan PH menerusi media sosial masing-masing ataupun hadir meramaikan aktiviti pihak pembangkang.
Menurut Najib, walaupun ada dalam kalangan ahli dan pimpinan pembangkang mengalami kesukaran kerana ditekan kerajaan PH namun mereka perlu komited dalam perjuangan.
“Ya, kita tidak ada apa-apa lagi, kita tinggal sehelai sepinggang tapi PH kena ingat, kita ada hati kekuatan oleh rakyat,” ujarnya.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rakyat mahu pembangkang yang berkesan membawa suara mereka.
“Bayangkan setiap ahli (pembangkang) bersuara di media sosial setiap hari suara mereka akan kedengaran dan akan mengegarkan dan membuatkan tidak aman Putrajaya,” katanya.
Menurut Najib, sampai sekarang PH masih menyalahkannya atas apa yang berlaku di negara ini sedangkan sudah masuk 600 hari beliau bukan lagi perdana menteri.
“PH cuba tutup kelemahan dengan naratif semua salah Najib, putar semula semua isu adalah salah saya,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.