Beliau berkata, walaupun negara ini berdepan dengan ancaman penyakit koronavirus, kerajaan akan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggalakkan memakai topeng muka jika perlu.
“Di Wilayah Wuhan misalnya, 11 juta rakyatnya dikuarantin, tidak boleh keluar dan masuk. Begitu juga rakyat Malaysia, kalau boleh berhati-hati melawat negara itu atau batalkan saja sehingga keadaan kembali pulih.
“Kita pula mengambil langkah menggiatkan pencegahan termasuk mengadakan saringan di semua pintu masuk utama negara ini sebagai usaha menggelakan virus ini tersebar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Selangor hari ini.
Mahathir berkata, setiap pelancong yang masuk ke negara ini akan disaring secara rapi supaya mereka tidak membawa virus itu.
Beliau kemudian menasihatkan rakyat Malaysia agar jangan memandang remeh dengan penykit berjangkit dari negara China itu kerana virus berkenaan terlalu mudah menjangkiti dan membawa kematian.
“Penyakit ini boleh berjangkit dan merebak hanya melalui sistem pernafasan, terutama jika berada dalm kelompok ramai.
“Setakat ini tiga individu dari China telah dimasukkan ke hospital kerana disahkan terkena koronavirus.
“Mereka akan dipantau supaya tidak menjadi sakit yang teruk dan waktu ini masing-masing masih di peringkat awal jangkitan,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.