LONDON – Setiap orang yang dijangkiti dengan koronavirus menyebarkan penyakit itu kepada dua dan tiga orang yang lain, menurut dua analisis ilmiah mengenai wabak ini.
Sama ada wabak ini akan terus menyebar pada kadar tersebut bergantung kepada keberkesanan langkah kawalan.
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus melonjak ke 41 pada hari Sabtu, dengan lebih daripada 1,400 orang dijangkiti di seluruh dunia – majoriti di China.
“Tidak jelas pada masa sekarang sama ada wabak ini boleh dikawal di China,” kata Neil Ferguson, pakar penyakit berjangkit di Imperial College London yang bersama-sama mengetuai kajian itu.
Pasukan Ferguson mencadangkan sebanyak 4,000 orang di Wuhan telah dijangkiti pada 18 Januari dan rata-rata setiap kes menjangkiti dua atau tiga orang lain.
Satu kajian kedua oleh para penyelidik di Lancaster University Britain juga mengira kadar penularan pada 2.5 orang baru secara purata dijangkiti oleh setiap orang yang sudah dijangkiti.
“Sekiranya wabak itu terus berlarutan di Wuhan, kami meramalkan (ia) akan lebih besar pada 4 Februari,” menurut para saintis itu.
Mereka menganggarkan pusat bandar Wuhan, yang mana menjadi punca wabak itu bermula pada bulan Disember akan hanya mempunyai sekitar 190,000 kes jangkitan pada 4 Februari dan jangkitan akan menular di bandar-bandar China yang lain dan perpindahan ke negara lain akan lebih kerap . ”
Raina MacIntyre, ketua Program Penyelidikan Biosekuriti di Institut Kirby, di University of New South Wales di Australia mengatakan kebimbangan sangat tinggi tentang jangkitan wabak itu yang semakin meluas.
“Lebih luas jangkitan di bahagian lain di China, semakin besar risiko penyebaran kepada global,” kata MacIntyre.
Australia, sebuah destinasi popular untuk pengunjung China, mengesahkan empat kes pertama virus itu daripada pelancong dari China, yang semuanya telah ke Wuhan.
“Apa yang kami perlukan adalah lebih banyak data untuk diterbitkan berdasarkan faktor risiko, penghantaran, tempoh inkubasi dan epidemiologi, jadi kami dapat memahami langkah-langkah kawalan yang paling sesuai,” kata MacIntyre. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.