Rabu, 1 Januari 2020

SK Taman Perling guna sistem pengimbas wajah rekod kehadiran

Bernama
sekolah-wajah
Penggunaan teknologi terkini sejajar dengan pembelajaran abad ke-21.


JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan Taman Perling, di sini, mengambil pendekatan berbeza pada musim persekolahan baharu tahun ini apabila memperkenalkan penggunaan sistem pengimbas wajah untuk merekod kehadiran pelajar, guru dan kakitangan sekolah itu.

Guru Besar sekolah itu Zamri Abd Wahab berkata aplikasi terkini itu digunakan supaya dapat melancarkan pengurusan seharian sekali gus mengurangkan beban kerja guru.

“Kami sentiasa terbuka untuk gunakan teknologi terkini selaras dengan pembelajaran abad ke-21,” katanya ketika ditemui pada hari pertama persekolahan di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

Zamri yang telah empat tahun berkhidmat di sekolah itu berkata sekolah itu merupakan yang pertama di negeri ini menggunakan sistem itu dan diharapkan dalam masa yang sama dapat menarik minat murid untuk mendekati atau mempelajari teknologi maklumat (IT).

Data yang direkodkan melalui sistem itu akan terus dimuat naik ke Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), yang bukan sahaja mengandungi rekod kehadiran murid tetapi juga maklumat peribadi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.