KUALA LUMPUR – Penyair, Pyanhabib Rahman nampaknya kecewa dengan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.
Malah beliau menyalahkan Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin dalam hal itu.
“Contoh terdekat, dibasuhnya Maszlee bila muka Maszlee terpampang di billboard. Kadir hanya bising selepas ia dibising-kecohkan oleh orang lain.
“Kerana dia didendami dan diminta berambus dari kementerian pendidikan maka Maszlee pun minta berambus. Bagus!,” sindirnya dalam media sosialnya hari ini.
Menurut Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, apabila Maszlee ‘berambus’ maka lingkuplah perancangan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu untuk anak-anak sekolah sepanjang dia jadi menteri.
“Murid-murid pun tak payahlah pakai kasut hitam, makanan percuma hentikan sahaja.
“Kata kawan, ada kumpulan orang sastera pun tak suka Maszlee sebab minta duit, Maszlee tak bagi.
“Maszlee yang saya kenal sebagai pensyarah UIAM rajin bersama sukarelawan dapur jalanan memberi makan minum.
“Maszlee lebih senang membasuh cuci cawan piring pinggan- gelandangan di jalan panggung, sudah lamaaaaa join kami, lamaaaa sebelum dia jadi YB dan menteri.
“Jom, kita bersukarelawan macam selalu. PRU15, biar PH lingkup!” tegasnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.