LOS ANGELES – Lima individu di Amerika Syarikat yang telah pergi ke Wuhan, China disahkan dijangkiti koronavirus, demikian menurut pegawai-pegawai Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.
Jumlah tersebut merangkumi pesakit-pesakit baharu yang telah dikenal pasti pada hujung minggu lalu di kawasan Los Angeles dan Phoenix serta beberapa kes yang telah dilaporkan sebelum ini di Chicago dan Seattle.
Tambahnya, lebih banyak kes dijangka dilaporkan di negara tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi.
Messonnier menggambarkan risiko kesihatan di Amerika Syarikat ketika ini “masih rendah” kerana kesemua pesakit adalah yang pernah pergi ke Wuhan.
Katanya, tiada bukti yang menunjukkan virus tersebut telah merebak kepada orang lain di Amerika Syarikat.- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.