Perkara itu didedahkan bekas Pengerusi Otai Reformis 1998, Saari Sungib apabila memberitahu, beliau selalu menasihati Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membisikkan perkara itu kepada isteri Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk disampaikan kepada suaminya.
“Insyaallah doa saya akan menjadi kenyataan (Anwar dilantik menjadi perdana menteri) kerana Tun M berada di situ pun dengan keputusan daripada pimpinan.
“Dia kena setia pada janji kepada Wan Azizah, walaupun pada awalnya Wan Azizahlah yang patut jadi perdana menteri kerana dia presiden PKR sebelum ini.
“Tapi, oleh kerana ada perjanjian selepas Anwar jadi presiden kena ikut itulah,” katanya ketika ditemui selepas Program Kembali Ke Sekolah anjurannya di sini hari ini.
Saari berkata, jika langkah melantik Anwar sebagai perdana menteri menjadi kenyataan ia merupakan satu sejarah buat PKR dan Otai Reformis 1998 yang telah sekian lama setia berjuang untuk Ahli Parlimen Port Dickson sebagai pendokong reformasi.
Dalam pada itu, Saari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang menasihati pimpinan Pakatan Harapan terutamanya PKR agar ‘tidak lupa diri’ apabila sudah bergelar “Yang Berhormat”.
Dengan merujuk kepada dua orang Naib Presiden partinya, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, Saari menegaskan agar kedua-dua pemimpin itu sedar dengan perjuangan Otai Reformis 1998 yang merupakan nadi kepada PKR.
Ujarnya, mereka tidak boleh lupa dengan pengorbanan yang dimulakan oleh Otai Reformis 1998 ketika parti itu mula-mula ditubuhkan dan penggerak sebenar kepada perjuangan PKR adalah menerusi NGO tersebut.
Sebelum ini, Zuraida dilapor menyifatkan Otai Reformis 1998 sebagai ‘nyamuk yang sering menggigit’ susulan dakwaan NGO itu apabila menyifatkan pertemuan Zuraida dan beberapa pimpinan PKR pada satu majlis makan malam di ibu negara pertengahan bulan lalu sebagai medan untuk menghentam Anwar.
Amiruddin Shaari turut dikatakan mempertikai Otai Reformis 1998 apabila menyatakan sesetengah pimpinan NGO itu sebelum ini menghentam Anwar dengan memaki hamun, namun, sekarang menajdi hero mempertahankan Anwar.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai tanggapan apabila Otai Reformis 1998 sering dikaitkan dengan perbalahan dalaman dalam parti, Saari menjawab, ia merupakan perkara biasa kerana parti itu sendiri diwujdkan dalam situasi
“Parti ini dilahirkan dalam suasana lawan tetap lawan. Itu yang menyebabkan ia jadi begitu. Asalkan perjungan parti itu tidak lari daripada prinsip-prinsip tersurat dalam perlembagaan termasuk Perlembagaan Negara dan rakyat.
“Kalau ada yang terkurang adat kita betulkanlah,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.