Ahad, 29 Disember 2019

Anggota polis sedang bertugas maut dengan kesan tembakan

Bernama
MGF22072019_PC-MB-AIR07
Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Noor Azam Jamaludin.
 

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berusia 26 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan ketika sedang bertugas di sekitar Dengkil, Sepang dekat sini, dalam kejadian kira-kira 3.55 pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama berkata, ketika itu anggota polis berkenaan bersama-sama anggota pasukan yang lain sedang menjalankan sekatan jalan raya di kawasan itu.

Beliau berkata, ketika anggota lain sedang sibuk menjalankan tugas, tiba-tiba mereka terdengar bunyi letupan dan melihat anggota itu telah rebah di atas jalan raya.

“Pihak polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan untuk melengkapkan siasatan kes ini,” katanya,

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang tengah hari tadi, telah menemukan sebutir peluru di kepala anggota itu. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.