Kumpulan veteran tentera Persatuan Patriot Kebangsaan
(Patriot) hari ini menyokong kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad yang menganggap isu abu bekas setiausaha agung Parti Komunis
Malaya (PKM) Chin Peng dijadikan isu perkauman untuk memburukkan
kerajaan.
“Saya khuatir.. komen-komen dari pelbagai pihak hanya mahu mencetuskan pertelagahan antara kaum.
“Jika Chin Peng dianggap penderhaka, mengapa tidak kita juga anggap anggota PKM bangsa Melayu yang seangkatan dengan Chin Peng juga penderhaka?
"Kenapa?
Sebab dia Melayu kot? Rashid Maidin boleh mai (datang) ke Malaysia, ada
lain-lain lagi kita terima tapi Chin Peng kita tak mahu terimalah sebab
dia ketua,” kata Mahathir.
Mendiang merupakan setiausaha agung PKM dan bermastautin di Thailand sejak parti itu mengakhiri perjuangan bersenjatanya pada 1989.
Selain Mahathir, bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor turut mempertahankan tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman.
Abdul Rahim berkata perjuangan PKM tamat selepas parti itu menandatangani Perjanjian Damai Hat Yai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.