HARAKAHDAILY
BAGAN SERAI: PAN sepatutnya memberikan tumpuan untuk
menjaga parti itu yang kini berdepan kemelut di mana Mesyuarat Agung
Tahunan di banyak peringkat terpaksa diadakan semula.
Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Perak, Tuan Guru Sidek Noor berkata
demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAN, Khalid Samad
yang mendakwa PAS tiada hala tuju.
Jelas beliau, PAS menyedari usaha perjuangan Islam dibawanya umpama
merintis perjalanan berliku seumpama melalui jalan biasa berbanding
lebuh raya di mana walaupun sukar, akan mahir dan matang juga.
“Matlamat PAS tercatat jelas dalam perlembagaan parti, walaupun
bertukar nakhoda (pimpinan), kapal dan haluan tetap sama bermatlamatkan
pembentukan negara Islam.
“PAS sentiasa kekal tegas dalam prinsip tetapi boleh bertolak ansur dalam hal-hal teknikal yang wujudnya tahalluf dan ta’awun siyasi,” ujar beliau.
Beliau menyampaikan mutiara kata penuh motivasi buat pejuang Islam
sewaktu Tahlil, Munajat Perdana dan Tazkirah Maghrib di Dewan PASTI Pra
Tahfiz Jabal Nur, Gunung Semanggol di sini kelmarin.
Beliau turut menyingkap kisah para pejuang PAS dahulu yang telah
meninggal dunia dan istiqamah walaupun berdepan pelbagai ujian tetapi
sanggup berkorban nyawa sekalipun.
Oleh itu peringatnya, generasi kini jangan menyeleweng hala tuju PAS
daripada yang ditubuhkan para ulamak terdahulu dan tidak khianat sebagai
salah satu cara istiqamah masa kini.
Jelasnya, Allah tidak melarang berbaik-baik dengan pihak yang tidak
menyerang agama, sebaliknya melarang berbaik dengan golongan menyerang
Islam.
“Perjuangan kita sama seperti perjuangan zaman para Rasul terdahulu
iaitu mentauhidkan Allah. Kesyirikan akan berlaku sekiranya hukum Allah
diketepikan secara berleluasa bila pemimpin tidak faham Islam,” katanya.
Beliau juga menyeru generasi kini istiqamah hadir ke majlis tarbiyah
supaya tidak terpesong dari perjuangan, selain menghadapi masalah dengan
sentiasa bermunajat kepada Allah.
Aktiviti ini dikendalikan Urusan Ulamak PAS Kawasan Bagan Serai
bersempena program Sambutan Ulangtahun PAS Kali Ke-68 Peringkat Negeri
Perak yang berlangsung selama dua hari.
Sebelum itu, beliau mengetuai bacaan Tahlil untuk lebih 500 penama
dan turut memperingati beberapa orang tokoh pimpinan PAS yang terbunuh
dalam perjuangan termasuk ketika menjalankan tugasan pilihan raya.
Antaranya, mantan Presiden PAS, Almarhum Dr Burhanuddin Hilmi
meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan
juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.
Juga mantan wakil tunggal PAS dalam DUN Perlis ketika itu, Almarhum
Cikgu Tahrim Ariffin meninggal dunia pada tanggal 8 Mac 1970 dalam satu
peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.