Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli
Kerajaan harus tegas, jaga hati pelbagai pihak
BANGI – Pihak yang didapati bersalah membawa abu mayat Chin Peng harus dilucut kerakyatannya.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tumpat, Ramle Ismail berkata, hukuman
berkenaan adalah setimpal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan.
“Kita berasa amat kesal dengan apa yang
terjadi, tambahan lagi pada tarikh 16 September itu adalah hari yang
penuh bermakna bagi negara kita.
“Pada pandangan saya, hukuman lucut
kewarganegaraan adalah selayaknya terhadap mereka yang membawa dan
menabur abu mayat tersebut di tempat yang telah ditentukan,” katanya
ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu, rakyat digemparkan dengan
laporan berita abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua
dibawa masuk ke negara ini pada dua bulan lalu, selepas enam tahun
kematiannya.
Abu mayatnya, dilaporkan tiba di Ipoh
pada 16 September lalu dan ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak
serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa
sebarang tugu atau jirat.
Mengulas lanjut, Ramle berkata, kerajaan perlu bertindak tegas dalam isu berkenaan supaya dapat meredakan kemarahan ramai pihak.
“Kerajaan harus bertindak tegas dalam hal ini supaya dapat meredakan sedikit hati mereka yang terguris akibat peristiwa ini.
“Terutama kepada bekas pasukan
keselamatan, kaum keluarga yang terkorban akibat perbuatan ganas anggota
komunis yang diketuai Ching Peng,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.